Saturday, October 8, 2016

Pengenalan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Akhirnya ini peluang saya untuk menulis dan berkongsi segala aktiviti yang telah, sedang dan akan saya lakukan. Blog ini, pengisiannya adalah lebih kepada seni 'doodles' hasil karya saya. Mungkin sedikit selingan berkaitan dengan catatan harian saya, sekadar berkongsi rasa.

Jutaan terima kasih juga buat sahabat saya membantu saya mereka bentuk dan letak sisi indah bahagian blog saya. Begitu juga buat sifu saya yang senantiasa memberi golongan dan dorongan untuk mengembangkan gaya penulisan blog juga kemahiran saya yang sedikit dalam seni 'doodles'. Lama juga blog ini tersimpan.

Pada permulaan penulisan blog, memungkinkan gaya penulisan saya banyak yang perlu diperbaiki, beri saya sedikit masa melatih menulis dan menghasilkan karya doodles yang baik-baik dan bermanfaat serta disukai.

In Shaa Allah. Semoga bertemu lagi.

Oh ya! Gambar di atas boleh dikategorikan sebagai lukisan doodles pertama saya yang saya lukis dari hati. Cewahh!!

Hari Pertama



Selamat menulis, mencoret dan melakar impian!