Showing posts with label Pengalaman Berniaga. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Berniaga. Show all posts

Monday, May 29, 2017

Pengalaman Berniaga Pasar Malam

           Kami fikirkan hanya bertiga sahaja mengambil inisiatif mencari “duit tepi” kerana masalah syarikat tempat kami bekerja membayar gaji bulanan, rupa-rupanya beberapa pekerja di syarikat tersebut juga mengambil inisiatif yang sama untuk menampung perbelanjaan bagi yang sudah bekeluarga member barangan keperluan untuk sambutan Aidilfitri yang hampir tiba.

            Banyak juga perkara yang saya belajar ketika berniaga di pasar malam di antaranya ialah jujur kepada pelanggan, tidak memaksa pelanggan untuk membeli produk kita dan paling penting “air muka” pada wajah kita respon kepada tindakan pelanggan, bertindak bagaimana menutur dengan sopan kepada pelanggan yang “songgeh”nya sangat luar biasa.
            Sebagai seorang peniaga baharu seperti saya, semua itu saya belajar melalui pengalaman sendiri baik dari segi modal, merekod perbelanjaan, siapa yang paling arif untuk membuat pembelian bahan mentah, simpanan wang untung dan pembahagian tugasan dengan bantuan dua rakan saya ini.

            Perkara yang masih saya ingat mereka menyoal saya begini,

“ Macamana Niza? Ok tak?”

“Bolehlah, penat juga ek. Balik kerja kena sediakan tempat berniaga,” Jawab saya.
 Sambung saya lagi.

“Tapi macam sedih jugalah, bila ada pelanggan yang paling dan buat muka pada kita,”

            Ya, sangat benar. Saya sangat-sangat terasa dengan kelakuan pelanggan begitu. Seolah-olah kita ini (Orang berniaga) semuanya seperti ada satu yang mereka labelkan kepada kami. Ya...  Saya sangat pasti tentang itu.

“Begitulah kita, bila berhadapan dengan peniaga lain . Kalau tak mahu beli, jangan palingkan muka atau buat mimik muka, kita senyum sahaja,”


Senyumkan juga satu sedekah. Senyum sikit!!

sumber dari internet : Molek sahaja gayanya

Sunday, May 28, 2017

MEMBUKA PERNIAGAAN SENDIRI

           Tahun 2011 saya nekad mahu membuka perniagaan bersama rakan saya. Saya mengeluarkan modal sendiri, mankala rakan saya melalui pinjaman peribadi. Kami bercadang untuk membuka sebuah butik dan di dalam butik tersebut kami juga menjual barang-barang yang lain.

            Dari hal pendaftaran sehinggalah penjualan kami menguruskan bersama-sama. Sebenarnya proses penubuhan perniagaan bersama rakan bukanlah mudah. Apatah lagi dalam hal pengurusan kewangan, pembekal dan  penjualan, semuanya memerlukan ilmu dan pengalaman serta kesepakatan yang tinggi.


            Oleh kerana terlalu banyak campur tangan dari faktor luar dan dalaman, perniagaan saya sempat bertahan sehingga 3 bulan. Kesilapan paling utama, saya meletakkan kepercayaan sepenuhya kepada rakan perniagaan dan saya tidak mempunyai ilmu serta kurang bertanyakan dan belajar pengalaman dari mereka yang telah lama berkecimpung di dalam perniagaan.

PENGALAMAN BERNIAGA KALI PERTAMA

             Pada bulan Ramdhan  tahun 2002, itulah Ramadhan pertama kalinya saya berniaga bersama tiga orang sahabat sekerja. Ketika itu, syarikat ditempat saya bekerja meghadapi sedikit masalah. Dua daripada rakan saya ada pengalaman berniaga, melalui mereka berdua saya belajar bagaimana cara untuk berniaga.

            Modal kami kongsi bersama, seorang RM300.00 dan bermulalah perniagaan kami dengan bermodalkan RM900.00. Melalui modal itu, kami membeli peralatan berniaga dan membayar sewa tapak berniaga.

            Kami mendaftar dan memilih tapak di Majlis Perbandaran Muar, kemudian kami diberi jadual untuk menghadiri sesi taklimat bersama-sama peniaga lain untuk mendapatkan info dan mengetahu larangan ketika berniaga.

            Saya fikir, berniaga di pasar malam hanya berniaga sahaja dan tidak melalui beberapa proses seperti hadir ke taklimat dan juga mengambil suntikan. Berdebar jugalah apabila disebut tentang suntikan. Suntikan ini diwajibkan bagi peniaga-peniaga yang menjual makanan dan minuman sahaja.

            Selain dari menjual air minuman, kami mengambil upah menjual kuih yang dibuat oleh makcik yang bekerja sebagai pembersihan di tempat saya bekerja, juga menjual mee kari yang dibuat oleh kedua ibu dan ayah saya.

            Pulangan awal berniaga tidak begitu banyak, makanan juga tidak berapa laku kerana terlalu ramai yang menjual makanan, dan kiraan kos serta pengangkutan untuk membawa makanan dari rumah ayah saya ke gerai agak jauh. Lalu, kami memutuskan untuk menjual air sahaja.

            Di awal berniaga, saya sedikit kalut. Sangat kelam kabut rasanya. Saya sanggat malu untuk memanggil pelanggan untuk singah ke gerai kami. Malu sungguh, sepertinya saya perlu memakai topeng. Apabila pelanggan tiba pula, kemudian bertanyakan tentang soalan yang tidak boleh saya jawab secara spontan, tarik salah seorang rakan saya untuk menjawab.

            Seminggu jugalah saya berlajar teknik berniaga tanpa rasa malu dan mengatasi situasi menjadi pegun apabila ditanyakan soalan. Berjayalah juga.