Monday, May 29, 2017

Pengalaman Berniaga Pasar Malam

           Kami fikirkan hanya bertiga sahaja mengambil inisiatif mencari “duit tepi” kerana masalah syarikat tempat kami bekerja membayar gaji bulanan, rupa-rupanya beberapa pekerja di syarikat tersebut juga mengambil inisiatif yang sama untuk menampung perbelanjaan bagi yang sudah bekeluarga member barangan keperluan untuk sambutan Aidilfitri yang hampir tiba.

            Banyak juga perkara yang saya belajar ketika berniaga di pasar malam di antaranya ialah jujur kepada pelanggan, tidak memaksa pelanggan untuk membeli produk kita dan paling penting “air muka” pada wajah kita respon kepada tindakan pelanggan, bertindak bagaimana menutur dengan sopan kepada pelanggan yang “songgeh”nya sangat luar biasa.
            Sebagai seorang peniaga baharu seperti saya, semua itu saya belajar melalui pengalaman sendiri baik dari segi modal, merekod perbelanjaan, siapa yang paling arif untuk membuat pembelian bahan mentah, simpanan wang untung dan pembahagian tugasan dengan bantuan dua rakan saya ini.

            Perkara yang masih saya ingat mereka menyoal saya begini,

“ Macamana Niza? Ok tak?”

“Bolehlah, penat juga ek. Balik kerja kena sediakan tempat berniaga,” Jawab saya.
 Sambung saya lagi.

“Tapi macam sedih jugalah, bila ada pelanggan yang paling dan buat muka pada kita,”

            Ya, sangat benar. Saya sangat-sangat terasa dengan kelakuan pelanggan begitu. Seolah-olah kita ini (Orang berniaga) semuanya seperti ada satu yang mereka labelkan kepada kami. Ya...  Saya sangat pasti tentang itu.

“Begitulah kita, bila berhadapan dengan peniaga lain . Kalau tak mahu beli, jangan palingkan muka atau buat mimik muka, kita senyum sahaja,”


Senyumkan juga satu sedekah. Senyum sikit!!

sumber dari internet : Molek sahaja gayanya

No comments:

Post a Comment