Monday, May 29, 2017

Hak Mereka JanganDiusik

            Pelajar yang mempunyai kad OKU berhak mendapat elaun sebanyak RM150.00 pada setiap bulan. Ada kisah tentang ini.

            Selalunya apabila ada program kelas Pendidikan Khas, kami akan mengeluarkan elaun murid sebagai perbelanjaan mereka sendiri sepanjang program di jalankan. Rata-rata murid saya bukanlah dari keluarga yang berpendapatan tinggi, dengan elaun ini dapat menampung perbelanjaan mereka seperti membeli barang keperluan dan kelengkapan persekolahan.

            Berlaku satu insiden ketika saya membawa tiga orang murid ke Bank Simpanan Nasional untuk pengeluaran duit mereka, ketika itu saya tidak berpakaian sekolah kerana seingat saya pada hari tersebut sekolah kami ada mengadakan program. Ketika sedang menunggu giliran, ada seorang wanita bertanyakan kepada saya, lebih kurang begini bunyinya.

“ Mahu keluarkan duit anak ya?” Mungkin sebab dia melihat saya memegang buku bank sebanyak tiga keping di tangan”

Saya Cuma angguk dan senyum.

Sambung puan ini lagi,

“Cikgu sekolah anak saya selalu bawa mereka jalan-jalan setiap tahun,”

“ Tahun lepas mereka bawa anak-anak murid berjalan ke Kelantan, banyak juga belanjanya,”

Angka giliran saya pula semakin dekat.

“ Saya bawa anak murid keluarkan duit simpanan untuk program kelas, melalui program sekolahlah mereka baru boleh berjalan jauh, lagipun mengunakan duit mereka sendiri,”

“ Kalau kami tidak buat begini, belum tentu emak dan ayah mereka akan bawa berjalan-jalan sebab mereka bukanlah dari keluarga yang senang,”

 “Lagipun puan, banyak kes elaun murid yang dikeluarkan oleh keluarga mereka bukan untuk kepentingan pelajar, tetapi untuk kepentingan emak dan ayah mereka sendiri.”

Saya agak puan ini terkejut, tidak menyangka yang saya membawa anak murid. Sebenarnya memang saya sengaja bercakap begitu, kebanyakkan kes elaun pelajar murid pendidikan khas ini tidak digunakan pada jalan yang betul. Ibu  bapa mereka harus sedar, apa tujuan kerajaan memberi elaun kepada OKU. Bukan bertujuan untuk kesenangan ibu bapa atau penjaga mereka tetapi sebagai simpanan kepada mereka ini di masa hadapan.

            Sebagai contohnya, duit tersebut mereka boleh gunakan untuk pembelian keperluan bagi OKU yang menghadapi masalah pendengaran, penglihatan, cacat anggota dan sebagai modal untuk mereka mengusahakan perniagaan mereka sendiri.


            Selepas urusan saya dan murid selesai, saya tidak nampak kelibat wanita yang berbual dengan saya tadi, seingat saya nombor saya dan wanita tersebut sangat jauh. Jika dia keluar tanpa mengeluarkan duit mungkin kerana “terasa” saya berkata begitu. Maafkanlah saya, niat saya bukan untuk memerli, tetapi untuk mereka sedar kepentingan masa hadapan anak-anak OKU ini selepas ibu bapa mereka sudah tiada, kepada siapa mereka ini akan berpaut.

No comments:

Post a Comment