Kenangan.
Asalnya saya tidak tahu parit di hadapan rumah nenek saya ada
ikan laga hidup sihat dan membiak dengan baik. Sepupu lelaki sebelah ayah
memancing di parit tersebut. Tidak dapat seekor pun ikan besar. Katanya, cuma
terdapat ikan kecil-kecil sahaja.
Saya minta dia tangkapkan ikan kecil. Mahu lihat. Dia pun masuk
ke dalam parit dan sauk menggunakan tangan. Mudah sungguh untuk menangkap ikan
ini. Pertama
kali melihat, saya teruja. Warna ikan itu sangat cantik dan berkilat dan misi
menangkap menjadi serius.
Habis tapis nenek kami gunakan untuk menyauk ikan kecil ini.
Mulanya saya meminta sepupu lelaki menangkap ikan-ikan ini lebih banyak.
Lama-kelamaan saya pun turut serta masuk ke dalam parit. Sauk sekali.
Marah nenek bukan kepalang, mananakan tidak, habis tapisnya kami
gunakan untuk dibuat sauk. Ikan-ikan kecil yang kami tangkap di pulangkan
semula ke parit. Nenek kami kata, baik lepaskan dari dibuat main sampai mati.
Kini nenek terlantar sakit kerana dimamah usia tua. Walaupun
begitu, nenek tidak lansung meninggalkan solat. Cuma mata nenek kabur dan
telinganya tidak dapat menangkap suara dengan jelas.
Sentiasa
mendoakan nenek dipermudahkan urusan olehNya.
No comments:
Post a Comment