Terima kasih kepada guru
dan kakitangan, sahabat dan kekanda-kekanda yang telah mengadakan majlis
lambaian kasih bersempena perpindahan saya ke sekolah baharu. Berkongsi majlis
perpisahan Cikgu Halim dan persaraan Guru Besar serta GPK 1.
Rasa malu menebal
sebenarnya setelah lama tidak bertemu dengan mereka. Kembang dan tidak boleh
pula menguncup saya menahan rasa segan.
Perkara paling membuat rasa hati tidak keruan, diletakkan saya
semeja dengan Guru Besar sekeluarga dan GPK 1 sekeluarga. Mati kata-kata saya dihadapan mereka.
Nasib baik saya makan
kenyang, yang bahagian ini saya mampu tangani. Hahaha...Okey berbalik kepada
majlis tersebut, saya kebuntuan menyediakan teks. Sungguh saya tidak perasan
saya akan berucap dihadapan mereka semua. Kaku. Bila diingat-ingat kembali,
merapu sungguh teks saya.
Ucapan ribuan terima
kasih di atas pemberian hadiah yang bermakna. Hari guru, terima almari kecil.
Majlis perpisahan dihadiahkan pula kipas meja yang cantik. Memang kedua-duanya
saya sangat memerlukan. Kebetulan.
Terima kasih
Allah kerana semuanya kelihatan teratur.
Terima kasih kepada
kalian yang bersusah payah menyediakan dan mempersiapkan dengan hal yang
indah-indah. Semoga Allah membalas keiklasan kalian.
Maafkan saya kegugupan
berucap waktu itu.
Guru Besar seorang lelaki, kalau mahu tahu yang mana satu dia. Itu.. Ha.. Yang buat bentuk hati. :) |
No comments:
Post a Comment