Facebook antara medium
yang saya gunakan untuk mencari ilmu melukis doodle, saya temui beberapa grup
yang melukis doodle yang dikongsikan oleh pelukis-pelukis doodle amatur mahupun professional ke dalam grup tersebut sebagai
motivasi kepada pelukis-pelukis yang lain. Saya ketahui kewujudan grup-grup
doodle setelah diberitahu oleh rakan saya supaya mencari dan melihat apa
aktivti penggemar doodle lakukan.
Ilmu tanpa amal sudah semestinya perkara yang
mendatangkan kerugian, ilmu yang tidak dipraktikkan juga akan hilang fungsinya.
Saya cuba mendisplinkan diri untuk sentiasa melakukan latihan melukis doodle.
Malah saya sentiasa peka material yang digunakan oleh pelukis doodle. Tidak
hanya semata-mata menonton video, saya bertanyakan Puan google bertanyakan fungsi,
nama, jenis produk dan juga lokasi untuk membeli.
Saya mencari alat tulis yang digunakan untuk melukis
doodle. Saya membelinya secara berperingkat, apabila agak pandai sedikit
melukis, saya tambahkan lagi koleksi alat tulis saya sedikit demi sedikit.
Adakalanya agak sukar untuk mencari material doodle dan hanya boleh diperolehi
melalui pembelian secara dalam talian
(online).
Pernah
sekali pesanan yang dibeli sampai kepada saya hampir sebulan dari tarikh
pembelian. Patutlah penghantarannya memakan masa yang agak lama, terperanjat
saya nama syarikat yang tertera di slip pengeposan adalah syarikat dari Negara
China. Paper Blend Stick Pencil saya menaiki kapal laut untuk sampai kepada
saya. Oh!! Sungguh mengharukan!!
No comments:
Post a Comment