Saya mencuba kelainan dari
melukis doodle kepada lukisan menggunakan warna air, jatuh hati kepada seni ini semasa pertama
kali melihat rupa baharu TVAl-Hijrah pada awal tahun 2017 yang menggunakan “bunga
sakura” sebagai lukisan latar.
Apabila saya
membuat carian mengenai lukisan air ini, rupa-rupanya terdapat pelbagai jenis
atau teknik lukisan menggunakan cat air, bahkan teknik menghasilkan sesebuah
lukisan juga ada perbezaannya.
Minat saya lebih terarah kepada lukisan bunga menggunakan
cat air, pada saya lukisan ini lebih mudah dan senang untuk saya ikut
perlahan-lahan. Malah untuk meniru tekniknya juga tidak terlalu sukar.
Menonton dan membuat carian di Youtube dan google adalah
semata-mata untuk mempelajari teknik menghasilkan serta menjadikan ia sebagai
satu pembelajaran untuk saya ketahui sebagai satu titik tolak kepada permulaan
apa yang saya akan buat.
Latihan berkali-kali, tidak
menjejaskan tahap keinginan saya untuk mendapatkan hasil yang lebih menyerupai
bentuk bunga dan inilah hasilnya.
Medium yang digunakan ialah kertas lukisan, berus lukisan
(berbentuk tirus dihujung) dan warna air.
Kesimpulannya, apabila kita mahu melakukan sesuatu, perlu
ada kesungguhan dan tidak sesekali berputus asa untuk melakukannya. Sekiranya
kita bangkit selepas gagal, kita tidak akan rugi tetapi kita akan peroleh
kepuasan dalam mencapat apa jua matlamat walaupun sebesar hujung mata pensel
dan itu juga dipanggil KEJAYAAN.
No comments:
Post a Comment