Monday, May 29, 2017

BELAJAR MELALUI YOUTUBE DAN GOOGLE

          Setelah saya mengetahui cabangan seni lukisan doodle ini, saya mula membuat caraian di internet. Kesemua mengenai doodle pasti saya lihat dan ambil ia sebagai contoh. Begitu juga dengan definisi seni doodle ini. Untuk latihan awal, saya meniru semula lukisan doodle yang mudah untuk ditiru (yang diambil dari internet), kemudian membuat latih tubi semasa saya mempunyai kelapangan masa.

        Walaupun hanya melihat teknik asasnya sahaja, saya rasa ia sesuatu perkara yang sangat mengagumkan. Bukan mulut sahaja ternganga-nganga, kening ikut berkerut untuk memahami perincian yang dibuat oleh pelukis doodle yang mahir. Lenggok ukiran, corak, jenis-jenis doodle dan alatan untuk melukis yang mereka gunakan.
      Ada beberapa buah video yang telah tonton di Youtube, saya ambil ia sebagai pembelajaran.
                              
        Selain dari Youtube dan google, saya juga turut serta masuk ke dalam grup yang melukis doodle di 'Facebook'. Tidak sangka mereka mempunyai banyak aktiviti bersama dan saya mengambil kesempatan untuk melihat dan menyimpan hasil mereka sebagai rujukan. 


        Seni doodle ini telah lama ada, telah ramai yang menghasilkan karya yang menarik dan hebat. Cuma saya sahaja yang lewat untuk mengetahui tentangnya.

Doodle bagi saya adalah satu teknik untuk menghilangkan stress dan ia menjadi satu kepuasan apabila telah lengkap dilukis. Waima ada kalanya mengambil masa yang lama untuk menyiapkan, ia tetap meninggalkan "sesuatu" dalam diri kita.

            Ini ialah antara doodle terawal yang saya lukis sebagai latihan.



No comments:

Post a Comment