Sunday, May 28, 2017

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER DAN MEWARNA

               Pelbagai persediaan telah dibuat untuk menjayakan Program Anti Dadah peringkat sekolah. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada murid betapa bahayanya jika seseorang individu terlibat dengan kancah penagihan dadah.

            Sepanjang minggu Anti Dadah, pelbagai program telah dijalankan di antaranya paparan video, ceramah, menjawab kuiz, mewarna dan melukis poster.

            Pengetahun berkenaan dadah perlu didedahkan kepada murid dan pelajar baik sedari mereka berada diperingkat rendah lagi. Ini bagi menggelakkan mereka terjebak dan bercampur dengan golongan yang tidak sihat ini.

            Saya pula mengambil bahagian di dalam aktiviti mewarna dan melukis poster. Tempoah yang diberikan hanya 1 jam setengah sahaja. Kelam kabut juga bagi saya yang tidak pandai menggandingkan warna dengan baik dan cantik.


            Maka inilah hasilnya.

Pemenang pertama bagi pertandingan mewarna


No comments:

Post a Comment