Majlis
Aqiqah anak saudara saya, berlansung di rumah ayah dan bonda. Adik (Uda-Adik ketiga)
mahukan majlis itu dipasang buaian dan
dihias supaya kelihatan cantik dan menarik, sebagai seorang kakak saya
bersetuju untuk membantu menyediakan buaian yang berkonsepkan taman.
Sebelum membuat kerja yang
melibatkan seni ini, kebiasaanya saya akan membuat carian di internet. Mahu
mengambil sedikit ilham untuk dijadikan sebagai panduan.
Saya menggunakan bahan yang mudah
untuk membuat tirai, iaitu
- Menggunakan ampaian kain
- Langsir lama mak
- Jarum dan Benang
- Kertas A4 untuk bunga hiasan
Setiap
perincian yang saya buat, saya akan merujuk semula kepada adik. Memastikan dia
berpuas hati dengan hasil kerja saya. Jika tidak, saya akan ubah seperti yang
dimahukan.
Majlis-majlis
aqiqah sebelum ini diuruskan oleh adik saya yang kedua. Dia memang sangat mahir
dalam menyusun atur dan tatarias, oleh kerana dia terikat dengan kelas hujung
minggu, dia pulang pada hari kejadian.
Alhamdulillah.. Setelelah jerit
perih membuat tatarias dan beberapa kali mengubah susun atur, adik berpuas
hati, yang hadir ke majlis pada hari tersebut sampai salah sangka, mereka
ingatkan ada majlis pertunangan. Mujur ada buaian sebagai tanda di ruangan
tengah.
Bunga dibahagian luar itu saya lukis. Tulisan pula saya menggunakan font Words |
No comments:
Post a Comment