Sunday, May 28, 2017

PENGALAMAN BERNIAGA KALI PERTAMA

             Pada bulan Ramdhan  tahun 2002, itulah Ramadhan pertama kalinya saya berniaga bersama tiga orang sahabat sekerja. Ketika itu, syarikat ditempat saya bekerja meghadapi sedikit masalah. Dua daripada rakan saya ada pengalaman berniaga, melalui mereka berdua saya belajar bagaimana cara untuk berniaga.

            Modal kami kongsi bersama, seorang RM300.00 dan bermulalah perniagaan kami dengan bermodalkan RM900.00. Melalui modal itu, kami membeli peralatan berniaga dan membayar sewa tapak berniaga.

            Kami mendaftar dan memilih tapak di Majlis Perbandaran Muar, kemudian kami diberi jadual untuk menghadiri sesi taklimat bersama-sama peniaga lain untuk mendapatkan info dan mengetahu larangan ketika berniaga.

            Saya fikir, berniaga di pasar malam hanya berniaga sahaja dan tidak melalui beberapa proses seperti hadir ke taklimat dan juga mengambil suntikan. Berdebar jugalah apabila disebut tentang suntikan. Suntikan ini diwajibkan bagi peniaga-peniaga yang menjual makanan dan minuman sahaja.

            Selain dari menjual air minuman, kami mengambil upah menjual kuih yang dibuat oleh makcik yang bekerja sebagai pembersihan di tempat saya bekerja, juga menjual mee kari yang dibuat oleh kedua ibu dan ayah saya.

            Pulangan awal berniaga tidak begitu banyak, makanan juga tidak berapa laku kerana terlalu ramai yang menjual makanan, dan kiraan kos serta pengangkutan untuk membawa makanan dari rumah ayah saya ke gerai agak jauh. Lalu, kami memutuskan untuk menjual air sahaja.

            Di awal berniaga, saya sedikit kalut. Sangat kelam kabut rasanya. Saya sanggat malu untuk memanggil pelanggan untuk singah ke gerai kami. Malu sungguh, sepertinya saya perlu memakai topeng. Apabila pelanggan tiba pula, kemudian bertanyakan tentang soalan yang tidak boleh saya jawab secara spontan, tarik salah seorang rakan saya untuk menjawab.

            Seminggu jugalah saya berlajar teknik berniaga tanpa rasa malu dan mengatasi situasi menjadi pegun apabila ditanyakan soalan. Berjayalah juga.

No comments:

Post a Comment