Pada tahun Januari 2015,
saya mengambil cuti selama 5 hari, kerana mahu mengikuti program bersama IKRAM
Muar untuk menjadi sukarelawan dalam membantu mangsa banjir di Kelantan. Saya
dan beberapa anggota banyak membuat persediaan untuk di salurkan kepada mangsa-mangsa
banjir di sana.
Perjalanan kami mengambil tempoh agak lama, terpaksa
berpatah balik kerana terlalu banyak jalan yang telah di tutup. Saya tertidur
beberapa kali dan tersedar dan tidak
tidur lansung ketika bas terhentak kuat di Lebuh Raya Pantai Timur akibat
daripada laluan jalan raya tidak sekata. Kasihan kepada pemandu bas kami, bukan
kerana insiden itu sahaja, beliau terpaksa menggunakan pengamatan dan fokus
lebih 100% kerana keadaan jalan dan mengelakkan dari berlanggar dengan binatang
ternakan seperti lembu dan kambing berkeliaran di jalan raya biasa.
Kami tiba di pusat IKRAM Kelantan sekitar jam 7.00 pagi.
Terus sahaja dari bas, kami di sambut oleh sukarelawan dari beberapa negeri
yang sudah tiba awal dari kami. Kami dipecahkan kepada beberapa bahagia. Tugas
pertama kumpulan saya ialah mengasingkan pakaian yang telah didermakan oleh
rakyat tempatan kepada beberapa kategori, baju t-shirt lelaki dewasa,
kanak-kanak, wanita serta baju kurung saiz dari
kecil hingga paling besar dan tudung.
Terlalu banyak lambakan baju yang, ada yang sudah disusun
sendiri oleh penderma, ada juga yang bercampur aduk dan ada juga pakaian yang
memang sudah tidak boleh digunakan kami terima. Hanya dengan melihat keadaan
begitu, hati saya sudah menjadi sayu.
Keesokkan harinya saya dan kumpulan saya dihantar ke satu
daerah. Turun sahaja dari bas, menusuk kehidung bau yang tidak menyenangkan.
Allahurabbi... Terkejut saya melihat keadaan ketika itu. Kumpulan besar kami di
asingkan mejadi kumpulan yang kecil dan setiap kami diberi beberapa barang
keperluan, seperti air mineral, lampin pakai buang, makanan dan pakaian serta
telekung untuk diedarkan kepada masyarakat di situ.
Sayup hati kami melihat, apatah lagi mereka yang
menghadapi sendiri bencana banjir. Habis lumpuh keseluruhannya. Harta benda
semuanya musnah sekelip mata. Tanda air banjir juga masih utuh terpalit di
dinding-dinding rumah. Apa yang mereka terima, itulah mereka guna dahulu. Tidak
seorang pun dari mereka saya lihat merungut atau sedih jiwanya, masing-masing
sibuk mengemas, mencuci dan mengurus sisa-sia yang ditinggalkan oleh banjir.
Lebih sayu, saya melihat anak-anak kecil yang berpakaian
baju dewasa malah ada yang tidak berbaju.
Kami di arahkan oleh ketua lawatan untuk membuat pengagihan dengan mengutamakan keluarga diduduki oleh ramai ahli keluarga
yang lain.
No comments:
Post a Comment