Ayah saya pandai melukis, sayang sekali semua koleksi ayah entah ke mana semuanya. Mungkin
hilang atau ayah tidak bawa bersama-sama semasa kami berpindah ke kampung. Seingat saya, ayah pernah melukis gambar ayam, burung, pemandangan
dan juga buah-buahan. Halus seni lukis ayah. Malah ayah mampu mengukir ukiran
kayu menjadi bunga dan tulisan khat. Hebat ayah!!
Tiga orang adik saya mewarisi bakat ayah, masing-masing
bekerja di bidang yang berkaitan dengan seni. Manakala dua orang anak buah
saya,seakan mengikut bakat ayah dan adik saya.
Apabila
musim cuti sekolah, mereka pulang ke kampung. Saya dan anak-anak buah saya
wajib melakukan aktiviti “ala famili”. Kami membuat kraftangan yang mudah dan
ringkas, membuat kad, dan melukis kartun, bunga dan rama-rama. Kelengakapan
untuk mereka saya telah sediakan awal-awal.
Belum pun sempat mereka duduk, saya yang akan dicarinya dahulu. Ayat yang biasa menutur di mulut mereka, "Along, malam ini kita buat lukis-lukis ya," dan saya seperti biasa, akur dengan cadangan mereka.
Lukisan ini Ireena Sofea lukiskan untuk saya, siap dengan tahi lalatnya sekali |
TMNT versi Ireena Sofea |
Cuab teka ? |
No comments:
Post a Comment