Kita paling takut
apabila orang melihat kita seorang yang tidak baik dan membawa pengaruh negatif
kepada yang lain, sedangkan kita tidak berbuat demikian.
Dan yang
paling-paling takut apabila orang melihat kita sebagai seorang yang sangat baik
dan sangat berpelajaran tetapi hakikatnya, kita hebat berkata seperti nabi-nabi
tetapi amalan seperti labi-labi.
Mencorak diri
kita adalah kita sendiri, mungkin sedikit, mungkin juga banyak dipengaruhi oleh
orang lain.
‘Cermin diri sendiri ‘ itu
kita tidak perlu ajukan kepada orang lain, tetapi lebih baik kepada diri kita
sendiri. Kita lebih banyak mengetahu tentang diri sendiri berbanding dengan
orang lain, belum terlambat lagi jika kita mempunyai ruang masa yang banyak
untuk berubah. Sekalipun ruang masa itu kecil, itu bukan alasan untuk tidak
berubah.
Perkara yang baik yang
datang dalam diri akan membawa aura yang positif kepada orang lain. Kita tidak
rugi, orang yang bersama kita selesa.
No comments:
Post a Comment