Sepanjang hidup saya, inilah
kali pertama saya menyertai Larian Maharani Bandar DiRaja Tahun 2017. Dahulu
masa di sekolah rendah dan menengah saya menyertai larian merentas desa, itupun
kerana terpaksa, Jika tiada alasan yang kukuh mahu diberikan kepada guru, sudah
tentu kami akan didenda.
Oleh kerana rakan saya memberitahu, hadiah wang tunai
agak lumayan akan menjadi taruhan dari tempat pertama sehingga tempat ke 10.
Sebelum hari kejadian, saya memasang azam kononnya mahu capai matlamat untuk
mendapatkan kedudukan sekurang-kurangnya ditempat yang ke 10.
Pada hari kejadian, setibanya digarisan permulaan, azam
saya sedikit goyah. Peserta-peserta yang hadir menyertai bukan calang-calang
orangnya. Minah dan Mat Salleh pun turut sama menyertai. Pelari yang lain pula,
saya lihat mereka memiliki jauh lebih handal berbanding saya.
Tiupan wisel bermula, saya orang yang paling kebelakang
berlari. Belum pun sampai mencecah 500 meter saya mula terasa penat dan kaki
semakin berat. Kononnya mahu mendapat tempat yang kesepuluh, harapan hancur
berkecai menjadi debu dan berterbangan jauh ditiup angin. Saya tabahkan juga
untuk berlari, berjalan, berlari dan kemudian berjalan kembali. Paling
tidaknya, saya akan berlari sedikit laju apabila polis atau pegawai yang
bertugas menjaga laluan lalu lintas meniup wisel dan melambai-lambai tangan
sebagai isyarat untuk segera melintas. Fuh! Degupan jantung saya kencang 3 kali
ganda laju dari kebiasaannya.
Setelah hampir 6 kilometer (jarak larian 10 kilometer), saya diminta untuk menaiki
trak Majlis Perbandaran kerana masa saya melebihi tempoh polis berkawal. Mahu
tidak mahu terpaksalah juga saya akur. Hajat saya, mahu sampai ke garisan
penamat walaupun kedudukan saya ketika itu paling akhir sekali (bagi kategori
dewasa terbuka).
No comments:
Post a Comment