Semalam tamat program. Alhamdulillah.. Semuanya berjalan dengan
cemerlang. Tahniah kepada pengurusan dan semua yang terlibat. Seronok bertemu
rakan-rakan dan berkenalan rapat dengan rakan-rakan baharu. Saya gembira.
***
Saya berjanji kepada 3 orang murid untuk belanja makan ABC jika mereka semua berkelakuan baik. Alhamdulillah.. Mereka mengikut kata dan sangat cemerlang mengurus diri. Begini rasanya nikmat menjadi seorang ibu. Saya agak begitu. Kita akan risau tentang
Saya berjanji kepada 3 orang murid untuk belanja makan ABC jika mereka semua berkelakuan baik. Alhamdulillah.. Mereka mengikut kata dan sangat cemerlang mengurus diri. Begini rasanya nikmat menjadi seorang ibu. Saya agak begitu. Kita akan risau tentang
Apa yang dia makan?
Bagaimana dia tidur?
Pukul berapa dia akan bangun untuk mandi?
Baju apa yang dia akan pakai?
Fahamkah dia dengan arahan orang lain?
Bagaimana mereka menjaga sesama sendiri?
Bagaimana dia tidur?
Pukul berapa dia akan bangun untuk mandi?
Baju apa yang dia akan pakai?
Fahamkah dia dengan arahan orang lain?
Bagaimana mereka menjaga sesama sendiri?
Itu yang sentiasa saya fikir dan saya yakin juga mereka yang
berjaga untuk murid-murid di sepanjang program ini melalui perasaan yang sama.
***
Pulang dari program tersebut, saya singgah di warung yang
menjual ABC. Kami makan ABC "special"
( Tidak dapat ambil gambarnya kerana telefon saya kehabisan bateri ) Kami
berbual- bual tentang pengalaman selama 3 hari 2 malam berada di sana. Cerita
kelakar semuanya, yang misteri juga ada. Saya lihat pemilik warung dan
isterinya curi-curi mendengar kerana mereka juga turut gelak dengan cerita
anak-anak saya.
Waktu saya mahu membayar, pemilik gerai tidak mahu duit yang
saya beri. Dia kata sedekah. Saya menolak sebab niat saya mahu belanja mereka.
Dia membalas
"Tak apa, saya pula
niat belanja akak dan anak-anak akak."
Alhamdulillah.. Saya tumpang rezeki mereka bertiga. Saya minta
anak-anak saya mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar pemilik kedai
dimewahkan rezeki dan terus berjaya.
Dalam perjalanan pulang, salah seorang anak saya berkata begini,
"Ini kali pertama orang belanja saya makan, selama ini tak
ada pun orang belanja kita makan dekat warung,"
Saya menjawab,
"La.. Awak bayar sendiri ya?"
"Taklah cikgu, mak dengan ayah saya yang bayar,"
Jawab dia.
Balas saya.
"Itu pun boleh disebut belanja juga, sebab awak tak
keluarkan duit. Mak dan ayah awak yang keluarkan duit,"
" Ye ke?"