Saya peminat penulisan HAMKA. Sebelum mengenali HAMKA, saya hanya melihat nama ini di dalam ‘Facebook’
seorang rakan yang sentiasa memuat naik kata-kata motivasi dari beliau.
Di situlah baharu saya ketahu, bahawa disebalik HAMKA ini
pemilik yang bernama Haji Abdul Malik Bin Karim Amrullah (Lahir pada 17
Februari 1908 dan meninggal dunia pada 1981 ) adalah penulis dan ulama
terkemuka di Indonesia.
DI bawah Lindungan Ka’abah adalah buku pertama beliau
yang saya miliki dan di antara petikan yang saya sangat sukai di dalam buku
tersebut berbunyi begini,
“Allah menunjukkan
kekuasaan-Nya. Tidaklah adil jika semua makhluk dijadikan dalam tertawa, yang
akan menangiskan mesti ada pula. Kita mengukur perjalanan alam dengan ukuran yang luas, bukanlah dengan
nasib sendiri”
Terlalu banyak bahasa tersirat yang digunakan. Kini saya
memiliki hampir 6 buah buku penulisan beliau. Alhamdulillah.. Saya tidak pernah
jemu membacanya.
***
Kisah mengenai seorang pelajar Malaysia yang menjadi
tular kerana kematian diratapi membuatkan saya betul-betul mahu mengetahui
tentang beliau, Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam. Saya memilih untuk membeli buku hasil garapan Pak Latif –
Ahmad Ammar Pemuda Yang di Pesiapkan Untuk Ummah
Di antara bahagian yang membuatkan saya betul-betul hiba
di dalam karya beliau (Pak Latif) ini adalah di bab terkahir.
“Seorang guru yang
mewakafkan keseluruhan dirinya untuk berdakwah di jalan Allah dan Rasul Nya,
beliau jatuh sakit atas kehilangan Ahmad Ammar yang bukan sahaja di anggap
sebagai pelajar, tetapi sebagai sahabat yang beliau kasihi.
****
Saya begitu cemburu. Cemburu
yang menginsafkan.
-
Tulisan yang baik-baik membuatkan kita fikir
sedalam-dalamnya apabila sudah tamat membaca.
Al-Fatihah buat Kalian,
Sesungguhnya hak kamu telah nyata berada di sisi Allah.
Aku?
No comments:
Post a Comment