Penggal cuti sekolah yang
panjang, saya dan rakan mengambil kesempatan untuk melukis mural sebagai salah satu
aktivti menceriakan kelas. Kebiasaannya pada cuti sekolah inilah saya mempunyai
peluang yang banyak untuk menyusun dokumen, mengemas kelas, membersihkan tapak
tanaman dan melukis mural.
Saya memilih lukisan yang mudah dan ringkas untuk dilukis
pada dinding kelas. Melukis dan mewarna di atas dinding tidak sama seperti
melukis dan mewarna di atas kertas. Jika tersilap, wajib teruskan sahaja. Buat
sentuhan kecil untuk menidih lukisan yang salah pada dinding.
Ini
di antara lukisan mural ringkas yang pernah saya lukis.
Lukisan
ini ada makna disebaliknya. Ketika itu, kamera telefon bimbit tidak secanggih
pada zaman kini. Ini sahaja gambar yang ada dalam simpanan saya.
Ini
Lukisana mural saya yang pertama. Saya mahu orang lihat bukan hanya sekadar
lukisan semata-mata, tetapi mesej yang ingin saya sampaikan. Adaptasi dari
kisah-kisah donggeng. Anak angsa hodoh, kura-kura yang berlawan lari dengan
arnab, putera katak dan ikan kaloi.
Saya
tidak pasti berapa ramai yang melihat lukisan ini dengan mata hati, kisahnya
saya simpan kecuali ada yang bertanya.
Anak itik hodoh yang lahirnya tidak
diiktiraf bangsa sendiri, membawa diri, menempuh pelbagai dugaan dan akhirnya
menjadi pujaan. Begitu juga dengan kisah kura-kura, pada awalnya diejek kerana
berjalan lambat dan akhirnya menjadi juara kerana tidak putus asa dan tidak
patah semangat dengan ejekan nakal pihak lawan. Manakala kisah ikan kaloi yang
menjadi mangsa kepada ketamakan manusia.
Ada beberapa mesej lain yang saya masukkan ke dalam lukisan tersebut dan
lukisan mural saya yang lain. Perhatikan
dan rungkaikan yang tersirat. Setiap manusia mempunyai pelbagai andaian dan tanggapan.
Terserah bagaimana mereka mentafsir.
No comments:
Post a Comment