Kami menerima seorang
pelajar deseleksia pada tahun 2009, ketika itu saya masuk tahun kedua berada
dikelas pendidikan khas. Mulanya kami
ingatkan pelajar ini di dalam kategori lemban. Kerana tidak tahu lansung dan
mengenali nombor dan huruf, apatah lagi membaca dan menulis.
Penyelaras saya dapat mengesan pelajar ini sebagai
penghidap deseleksia apabila diminta untuk menulis sepotong ayat, dia menulis
dari arah kanan ke kiri. Tulisannya rapat-rapat dan tiada ruang pemisah di
antara satu perkataan kepada perkataan yang lain. Orangnya sangat aktif,
sehinggakan tidak boleh duduk satu tempat dalam tempoh masa yang lama. Paling
kurang 5 ke 10 minit sahaja.
Pelbagai teknik dan cara yang kami gunakan untuk membuat
dia duduk di tempat sendiri dengan tempoh yang lama. Kami letakkan dia di
antara pelajar-pelajar yang lebih dewasa, itu cara terakhir kami dan nampaknya
lebih berjaya.
Pada setiap penggal akhir tahun persekolahan, kelas akan
mengadakan jamuan akhir tahun. Kami memesan KFC dan Pizza Hut sebagai jamuan.
Sedang semua enak menjamu selera, saya pelik kenapa pelajar deseleksia ini
tidak menjamah ayam KFC. Saya ingatkan dia tidak mahu.
“Izwan, kenapa awak tak
mahu makan ayam KFC ? Nanti saya bagi pada kawan awak yang lain,” kata saya.
Saya tak mahu dia bawa
pulang. Bukan apa, ayam KFC itu cuma ada sepotong sahaja, takut dia berebut
dengan adik-adik yang lain bila di bawa pulang. Kasihan pula.
“Saya tak nak makan
cikgu. Emak saya kata, kalau makan KFC nanti muntah darah,” jawab dia.
*** Terpaku saya.
Apa fasal mak dia boleh cakap begitu sekali?
Bila saya selidik latar belakang anak jagaan saya ini, baru saya sedar mengapa emaknya berkata begitu.
1) Dia ini datang bukan dari keluarga yang senang.
2) Pendapatan keluarga bergantung sepenuhnya kepada ayah yang mengambil upah bekerja di kebun orang.
3) Mungkin emak dia, tidak mahu biasakan dia meminta sesuatu yang tidak mampu diberi.
Saya sudah jelas tentang mengapa ibunya berkata begitu. Tidak mengapalah awak, makan atau tidak KFC tidak akan jadi apa-apa. Rugi pun tidak.
Semoga awak membesar dengan baik. Walaupun ada kekurangan, moga Allah sediakan kelebihan berganda buat awak bila besar nanti.

No comments:
Post a Comment