Ketika belajar di sekolah menengah, saya mengambil aliran biasa. Walaupun minat kepada seni lukisan saya tidak mengambil subjek tersebut untuk senarai matapelajaran SPM. Minat saya lebih terarah kepada matapelajaran Ekonomi dan Geografi.
Pernah tertangkap kerana membantu dua orang rakan
membuat logo dan salah satu daripada lukisan itu mendapat tempat kedua, saya di
arahkan untuk berjumpa guru pendidikan seni. Memang hati penuh debar ibarat
mahu berjumpa dengan guru displin. Saya pasti kesalahan saya adalah sangat
besar. Masuk sahaja ke bilik seni, dua lukisan sudah berada di meja guru.
“Awakkah yang melukis kedua-dua logo
ni?” tanya guru seni saya.
“ Saya. Cikgu,” jawab saya
“ Saya tahu lukisan ini dilukis oleh
orang yang sama kerana teknik lukisan hampir
sama. Saya tidak marah awak, saya marah kedua-dua rakan awak kerana
menipu
dalam pertandingan,”
Lega rasa. Kemudian cikgu pendidikan seni mengeluarkan sebuah buku seni
untuk saya baca dirumah dan dia minta saya untuk kembali semula bertemunya pada
esok hari. Esoknya saya bertemu cikgu seni untuk memulangkan buku. Saya tidak
membaca sebenarnya, tetapi saya membelek setiap lukisan di dalam buku tersebut.
Ia sangat mengasyikkan. Baru saya tahu lukisan bukan sekadar coretan atau loretan di atas kertas, tetapi ilmu seni ini sangat luas dan banyak cabnagannya.
Cikgu seni saya adalah orang pertama
yang mengesan bakat saya untuk diketengahkan. Sudah namanya pun cikgu seni yang
mengajar pendidikan seni, memanglah dia orang pertama yang mampu mengesan bakat
melukis saya. (Ketawa sambil menutup mulut). Dia syorkan saya untuk mendaftar
kelas pendidikan seni dan mengambil subjek lukisan untuk SPM, dan ini bermaksud
ayah terpaksa menambah bayaran untuk kertas peperiksaan saya.
Masih saya ingat lagi, saya bersama
seorang rakan (terlupa pula siapa) datang ke bilik guru untuk bertemu guru
kelas. Masihkuat ingatan yang saya meminta kepada guru kelas untuk dibenarkan membayar yuran
secara perperingkat kerana ketika itu, 4 orang adik beradik saya sedang
belajar, adik yang kedua bakal mengambil PMR. Manakala yang ketiga di darjah 6.
Adik saya yang menduduki peperiksaan PMR pada tahun yang sama saya menggambil
SPM sedang belajar di asrama. Kasihan saya kepada ayah, kerana kewangan kami
agak terhad ketika itu, walaupun ayah bekerja di sektor kerajaan tetapi ayah menampung perbelanjaan kami semua dan emak saya seorang surirumah sepenuh masa.
Berbalik kepada cerita kelas
pendidikan seni, akhirnya saya mendaftar dan menambah matapelajaran pendidikan
seni untuk peperiksaan SPM setelah diberi motivasi dan kata-kata semangat yang
tinggi. Hasil ke kelas pendidikan seni, lukisan saya sentiasa berada di papan
kenyataan bilik seni, dan paling hebat bagi saya, apabila lukisan batik
kumpulan saya di pamerkan di ruang kantin sekolah.
Saya ingatkan berada di kelas
pendidikan seni hanya melukis dan membuat kraftangan. Tetapi tidak semudah itu,
saya terpaksa juga membaca dan menghafal seperti matapelajaran yang lain. Perlu
hafal jenis-jenis warna (asas, sekunder dan tertier), jenis-jenis garisan dan
lain-lain lagi (pengunaan perkataan lain-lain lagi ini sebab saya terlupa
lansung apa lagi yang saya belajar Haha...)
Terima kasih cikgu Lina, kerana memilih saya berada di dalam kelas cikgu ketika itu.
No comments:
Post a Comment