Sewaktu
saya sedang berkursus di Pulau Tioman sekitar tahun 2010. Satu slot ini membuatkan saya terasa mengantuk yang keterlaluan. Rakan disebelah kerap menegur kerana saya sering terlelap. Isi di dalam buku catatan tidak dapat dibaca akibat tulisan seperti cacing kerawit kepanasan, berpintal-pintal hurufnya. Kemudian
saya cuba melukis, bentuk pertama saya lukis adalah “hati” dan tidak sengaja menghasilkan sebuah lukisan yang boleh saya anggap agak
comel (masuk bakul dan angkat sendiri. Hahaha..)
Ilham melukis lukisan ini (seperti di bawah) setelah menonton sebuah rancangan dokumentari disalah sebuah televisyen tempatan yang menampilkan pelukis-pelukis
graftiti tempatan. Uniknya mereka ini
melukis tanpa menggunakan pensil dan mereka melukis menggunakan “spray” dengan
pelbagai warna yang menarik.
Haa...
Lukisan ini dihasilkan oleh saya dengan 100 % idea sendiri, lukisan saya agak sedikit celaru dengan ada
lebah dan burung (kalau dilihat kepada lukisan tersebut seakan ayam, tetapi
bukan sebenarnya.) Asalnya konsep ini saya mahu buat seperti ala-ala islamik
sedikit tetapi hasilnya seperti aneh sedikit.
Kemudian
dengan rasa rendah hati, saya berkongsi hasil karya kecil ini di dalam Muka
Buku (Facebook) dan tidak menyangka yang lukisan ini mendapat respon dan
komentar yang baik dari rakan-rakan Muka Buku.
Pada salah sebuah komen tersebut ditulis berkenaan lukisan doodles, maka dengan rasminya pada hari tersebut baru saya ketahui tentang lukisan doodles ini.
Ilham datang dari Pulau Tioman |
No comments:
Post a Comment