“Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala kuncung”
Tidak berupaya mengerjakan sesuatu
pekerjaan kerana tiada kemahiran atau kemampuan
– Peribahasa Melayu.
Pepatah itu ibarat keadaan saya
ketika mula bekerja sebagai pelukis animasi. Banyak yang tidak tahu dari
tahu,bahkan saya juga tidak ada ilmu atau kemahiran teknik melukis animasi.
Jawatan sebagai Junior Computer
Editor, tugas saya lebih ke arah mewarnakan watak-watak animasi. Kedengaran
seperti agak mudah. Saya wajib berpandukan “storyboard”,dan menjaga “kontiniti” jalan cerita untuk
memastikan warna pada watak animasi tidak berlaku kesilapan seperti pakaiannya
dan warna kulit.
Watak-watak utama dan sampingan
serta latar belakang,hampir kesemuanya dihasilkan dengan menggunakan lukisan
tangan. Lukisan animasi yang dilukis oleh aminator pula dipanggil sebagai 2D
(2 Dimensi). – berkenaan
2D ini akan diterangkan pada entri yang akan datang. In Shaa Allah..
Saya juga diberi latihan amali dan
praktikal selama seminggu untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai
dunia animasi dengan lebih baik, antara latihan yang diberikan adalah seperti pengenalan
animasi, teknik garisan,jalinan, ton warna, gaya tubuh dan emosi. Amali dan
praktikal saya tidak seluas pelukis animasi yang baharu, mereka akan didedahkan
dengan lebih banyak teknik.
Cuba cari yang mana satu saya? |
No comments:
Post a Comment